13 individu dikompaun RM 26,000 sambut hari jadi

13 individu dikompaun sambut hari jadi

MELAKA – Keseronokan 13 lelaki termasuk beberapa individu dipercayai ahli kongsi gelap menyambut hari jadi secara rahsia di sebuah kedai perabot di Taman Merdeka Jaya di sini akhirnya terbongkar apabila kesemua mereka ditahan dan dikompaun sebanyak RM26,000, hari ini.

Kesemua suspek berusia 20 hingga 50 tahun itu ditahan dalam beberapa siri tangkapan di sekitar negeri ini sejak petang semalam sehingga awal pagi tadi.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, acara tersebut telah dilakukan pada Isnin lalu, namun terbongkar selepas pihak polis menerima laporan mengenainya menerusi satu klip video berdurasi 3 minit 54 saat, semalam.

Katanya, susulan itu sepasukan pegawai serta anggota daripada Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka telah membuat beberapa siri tangkapan di bawah Ops Cantas.


“Menerusi klip video tersebut, polis berjaya mengesan kesemua 13 individu yang terlibat dan membuat tangkapan di sekitar negeri ini bermula petang semalam sehingga awal pagi tadi.


“Tindakan kompaun keseluruhan sebanyak RM26,000 telah dikenakan terhadap suspek mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – K! ONLINE


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)