Ibu abai anak didakwa, dua kanak-kanak perempuan ditemui dalam keadaan terabai dengan kesan lebam di tangan, kaki, pipi dan dagu di tepi jalan



SELAYANG: Seorang ibu kepada dua kanak-kanak perempuan berusia dua dan tiga tahun yang dilaporkan ditemui dalam keadaan terabai dengan kesan lebam di tangan, kaki, pipi dan dagu di tepi jalan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Tertuduh yang berusia 22 tahun itu bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap dua anak perempuan kandungnya masing-masing berusia dua dan tiga tahun, mengabaikan mangsa tanpa pengawasan dan penjagaan sehingga kanak-kanak berkenaan mengalami kecederaan fizikal pada badannya.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah unit rumah pangsapuri di Taman Samudera, Batu Caves di sini pada 26 Jun lalu.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 31(1(A) Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 31(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ain Shafie tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain tertuduh tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Mahkamah turut menetapkan 6 September ini untuk sebutan semula kes dan laporan perubatan kedua-dua mangsa berkenaan.

Sebelum ini media melaporkan, dua kanak-kanak perempuan ditemui dalam keadaan terabai dengan kesan lebam di tangan, kaki, pipi dan dagu di tepi jalan di Taman Samudera.

Mereka ditemui orang awam jam 1 tengahari apabila melihat mangsa bermain di kawasan itu tanpa pengawasan.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)