Ibu tunggal didakwa cuba bunuh anak dalam longkang

Ibu tunggal didakwa cuba bunuh anak dalam longkang

MELAKA – Seorang ibu tunggal didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba membunuh anak perempuan bongsunya berusia 1 tahun 9 bulan di dalam longkang, pada 13 Julai lalu.

Tertuduh, Syarifah Norain Mohamad Zali, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa cuba membunuh anak kandung perempuannya berusia 1 tahun 9 bulan dengan cara membuangnya ke dalam longkang.

Tindakan itu dilakukan tertuduh kira-kira pukul 8.40 malam di tepi longkang di Lorong Pandan dalam daerah Melaka Tengah pada 13 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Dalam prosiding sama, tertuduh turut didakwa telah mendedahkan anaknya itu kepada bahaya sehingga menyebabkannya cedera.

Tertuduh kemudian membuat pengakuan bersalah bagi pertuduhan tersebut yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000 mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak yang sama.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Nabilalif Mohd. Rosli memohon tarikh baharu untuk serahan fakta kes bagi pengakuan bersalah dibuat dan mencadangkan jaminan RM25,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu agar jaminan rendah diberikan dengan alasan mempunyai dua orang anak yang perlu dijaganya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan hukuman bagi pertuduhan kedua akan dijatuhkan pada tarikh sama pada sebutan semula 26 Ogos depan.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



FBBOOM

Software Facebook Auto Bot, Iklankan produk atau servis anda di Facebook secara automatik!

Manfaat guna software FB Auto Bot

✅ AUTO POST TO GROUP
✅ AUTO SHARE POST
✅ AUTO ADD FRIEND ( TARGETED )
✅ AUTO JOIN GROUP ( TARGETED )
✅ AUTO INBOX FRIEND
✅ AUTO SELL IN MARKETPLACE ( NEW )
✅ AUTO COMMENT POSTING ( NEW )
✅ AUTO LIST MARKETPLACE GROUP ( NEW )

(420,165 Download)






TraderBot

Applikasi trading signal bot automatik... Android sahaja

Applikasi trading signal bot memudahkan aktiviti trading harian anda. Kurangkan risiko, trade dengan selamat

(1,931,003 Downloads)