Jiran tak putus-putus hantar makanan


Kuala Lumpur: "Tujuan kami gantung beg bungkusan di hadapan rumah untuk urusan kurier dan penghantaran makanan, tak sangka ada jiran prihatin turut menyumbang makanan di situ," kata Ahmad Lukman Rusli.

Ahmad Lukman, 24, bersama enam rakan serumah menjalani kuarantin di rumah sewa mereka di Presint 16, Putrajaya, sejak 20 Julai lalu selepas menjadi kontak rapat kepada rakan sekerja yang positif Covid-19.

Katanya, beg bungkusan yang digantung di hadapan rumah itu bertujuan memudahkan urusan pembelian makanan serta barangan atas talian memandangkan dia dan rakan serumah tidak dapat keluar dalam tempoh kuarantin.

"Kami letak beg bungkusan di gril pintu rumah dengan nota, 'rumah dalam tempoh kuarantin, sila letak di sini', untuk mudahkan urusan kurier dan penghantaran makanan.

"Tidak sangka, ada jiran beri kami makanan pula walaupun tidak mengenali antara satu sama lain kerana kami baru saja sebulan lebih duduk di sini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, dia dan rakan serumah terharu dengan kebaikan yang dilakukan jirannya.

"Kami sebenarnya tidak tahu siapa yang bagi, semalam saja kami dapat kek batik, nasi Arab serta air kelapa dan lemon.

"Hari ini pula kami terima kuih pau dan burger. Semua makanan itu digantung dan diletakkan di depan rumah," katanya.

Ahmad Lukman berkata, dia sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19 dan turut menyarankan orang ramai mendapatkan suntikan vaksin bagi membantu meningkatkan imuniti badan.

"Saya sudah lengkap dua dos suntikan vaksin AstraZeneca dan percaya tahap keberkesanannya mampu melawan jangkitan virus Covid-19.

"Pun begitu kita perlu tahu bahawa vaksin ini tidak membuatkan kita kebal (Covid-19) sebaliknya ia boleh mengurangkan risiko dijangkiti virus itu," katanya.

Terdahulu, Ahmad Lukman berkongsi kisah kebaikan jiran yang tidak dikenalinya itu di aplikasi TikTok dan Instagram miliknya sehingga mendapat perhatian netizen.

- HMetro 

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)