Kereta terbabas pemandu diserang sakit jantung

Kereta terbabas pemandu diserang sakit jantung

JEMPOL – Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya terbabas dipercayai selepas mengalami serangan jantung di Jalan Kampung Jeram, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, mangsa, Afizee Abd Rahman, 37, bekerja sebagai pemandu lori disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang memandu kereta jenis Nissan Almera sedang dalam perjalanan dari arah Serting menuju ke rumahnya di Kampung Jeram.

“Sebaik sampai di tempat kejadian, mangsa disyaki mendapat serangan jantung lalu terbabas ke kanan jalan dan melanggar tiang elektrik. Bapa mentua mangsa mengesahkan mangsa telah menghidap sakit jantung selama tiga tahun.

“Tiada kecederaan ke atas mangsa, namun mangsa telah disahkan meninggal dunia dipercayai disebabkan serangan jantung. Mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Jempol untuk bedah siasat pagi ini bagi mengetahui punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Chang Hook berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.- 

K! ONLINE

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



FBBOOM

Software Facebook Auto Bot, Iklankan produk atau servis anda di Facebook secara automatik!

Manfaat guna software FB Auto Bot

✅ AUTO POST TO GROUP
✅ AUTO SHARE POST
✅ AUTO ADD FRIEND ( TARGETED )
✅ AUTO JOIN GROUP ( TARGETED )
✅ AUTO INBOX FRIEND
✅ AUTO SELL IN MARKETPLACE ( NEW )
✅ AUTO COMMENT POSTING ( NEW )
✅ AUTO LIST MARKETPLACE GROUP ( NEW )

(420,165 Download)






TraderBot

Applikasi trading signal bot automatik... Android sahaja

Applikasi trading signal bot memudahkan aktiviti trading harian anda. Kurangkan risiko, trade dengan selamat

(1,931,003 Downloads)