Penganggur didakwa ugut doktor hantar kaki,kepala ayam

PETALING JAYA - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin terhadap tuduhan mengugut seorang doktor dengan menghantar botol berisi kepala dan kaki ayam bulan lalu.

T Sukminder Singh, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Muhammad Iskandar Zainol.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menakutkan secara jenayah terhadap seorang doktor berusia 55 tahun dengan menghantar parcel melalui pos.

Kiriman itu mengandungi nota ugutan dan satu botol kecil berisi sepasang kaki serta kepala ayam.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah klinik di Kota Damansara pada jam 3 petang, 8 Jun lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Zafirah Syed Mustapa mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM3,000.

Bagaimanapun, peguam mewakili tertuduh, Datuk Suraj Singh merayu supaya anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar rendah dengan alasan tertuduh hilang pekerjaan ekoran pandemik Covid-19 ketika ini.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



FBBOOM

Software Facebook Auto Bot, Iklankan produk atau servis anda di Facebook secara automatik!

Manfaat guna software FB Auto Bot

✅ AUTO POST TO GROUP
✅ AUTO SHARE POST
✅ AUTO ADD FRIEND ( TARGETED )
✅ AUTO JOIN GROUP ( TARGETED )
✅ AUTO INBOX FRIEND
✅ AUTO SELL IN MARKETPLACE ( NEW )
✅ AUTO COMMENT POSTING ( NEW )
✅ AUTO LIST MARKETPLACE GROUP ( NEW )

(420,165 Download)






TraderBot

Applikasi trading signal bot automatik... Android sahaja

Applikasi trading signal bot memudahkan aktiviti trading harian anda. Kurangkan risiko, trade dengan selamat

(1,931,003 Downloads)