Edisi 7

Polis kenal pasti individu terlibat himpunan Padang Merdeka

Polis kenal pasti individu terlibat himpunan Padang Merdeka

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Polis akan memanggil beberapa individu yang terlibat dalam satu perhimpunan di Padang Dataran Merdeka pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner, Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya telah mengenal pasti tiga individu yang merupakan penganjur himpunan tersebut.

"Siasatan awal dijalankan mendapati kumpulan ini diketuai oleh Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) yang merupakan gabungan beberapa parti politik.

"Semasa himpunan tersebut berlangsung telah dilancarkan kempen puisi Puisi Darurat bagi menyatakan bantahan terhadap kerajaan kerana gagal menangani Covid-19," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Mohamad Zainal berkata, kira-kira jam 3 petang polis bersama Pasukan Pematuhan PKP ke tempat kejadian dan telah mengarahkan kumpulan tersebut supaya bersurai dan beredar dari Padang Dataran Merdeka.

"Kumpulan berkenaan kemudiannya bersurai dan beredar sepenuhnya kira-kira jam 3.10 petang dari Padang Dataran Merdeka dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

"Kesemua mereka yang terlibat ini akan dipanggil dalam masa terdekat untuk dikompaun atas kesalahan perlanggaran Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 iaitu Larangan Berhimpun.

"Selain itu, siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana berhimpun tanpa notis," katanya.

Pada Sabtu, seramai 20 individu telah berkumpul di Padang Dataran Merdeka dengan membawa bendera hitam, kain rentang dan lima patung menyerupai jenazah yang dikafan.


LAZADA 10.10

LAZADA 10.10 Tenaga Sale!

Nikmati potongan harga 60% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!