Terjun sungai ambil joran sebelum lemas

Terjun sungai ambil joran sebelum lemas

Chukai: "Dia terjun untuk mengambil jorannya yang terjatuh dan tidak sangka dihanyutkan arus deras," kata Zafran Danish Mohd Zawawi selepas rakannya lemas dalam kejadian di Sungai Cherul, semalam.

Mayat Muhammad Zulkefli Ismail, 34, dari Bandar Baru Cheneh, ditemui pada 10.30 pagi hari ini, kira-kira 50 meter dari tempat dia dilaporkan lemas.

Zafran, 14, berkata, dia bersama mangsa serta dua anak saudara mangsa, Adam Haris Ali Hanafiah, 13, dan Syakir Shaari Saidi, 12, memancing ikan di situ, pada 5 petang semalam.

"Ketika seronok memancing, tiba-tiba joran arwah terjatuh selepas ditarik ikan dan dia (mangsa) terjun ke dalam sungai bagi mendapatkan pancingnya itu.

"Ketika berenang, mangsa tiba-tiba diserang sawan dan badannya jadi kejang dan dia ketika itu sempat melambai-lambai meminta tolong," katanya.

Menurutnya, menyedari keadaan itu, dia terjun ke sungai untuk memberi bantuan dan sempat memegang kaki mangsa, namun gagal menariknya naik ke tebing.

"Saya beberapa kali cuba menariknya, namun gagal kerana badannya besar dan berat sebelum saya akhirnya terlepas pegangan itu menyebabkan dia hanyut.

"Saya serta dua anak saudara mangsa kemudiannya pulang ke rumah untuk meminta bantuan daripada penduduk kampung," katanya.

Zafran berkata, dia dan mangsa sering memancing di situ dan tidak menyangka kejadian itu berlaku sedangkan air sungai di kawasan itu tidak begitu dalam.

Menurutnya, mangsa memang pandai berenang, tetapi mungkin kerana ada penyakit sawan dan berlaku kekejangan menyebabkan dia lemas dan hanyut dibawa arus.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Cheneh, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Hanif Che Khalid berkata, pihaknya yang menerima laporan pada 7 malam tadi.

Katanya, sebaik operasi pencarian disambung pagi ini, pihaknya menemui mayat mangsa di dasar sungai terbabit.

"Operasi pencarian membabitkan 22 pegawai dan anggota BBP Cheneh dan Chukai dengan menggunakan kaedah pencarian di permukaan air dengan menggunakan bot termasuk pencarian di tebing sungai.

"Kami menemui mayat mangsa lengkap dengan pakaian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)