22,070 kes baharu Covid-19 hari ini


Kuala Lumpur: Kes positif Covid-19 menunjukkan sedikit penurunan dengan 22,070 kes baharu dicatatkan hari ini berbanding 24,599 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan keseluruhan 1,662,913 kes.

Beliau berkata, Selangor kekal merekodkan kes tertinggi dengan 5,920 kes diikuti Sabah (3,010 kes) dan Sarawak dengan 2,224 kes.

Katanya, Kedah mencatatkan 2,072 kes, Pulau Pinang (1,829 kes), Johor (1,809 kes), Kuala Lumpur (1,068 kes), dan Kelantan (1,051 kes).

Selain itu, Perak merekodkan 939 kes, Pahang (610 kes), Melaka (589 kes), Terengganu (488 kes), Negeri Sembilan (338 kes), Perlis (76 kes), Putrajaya (39 kes) dan Labuan mencatatkan lapan kes.

- HMetro 

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)