Ain Husniza, bapa dipanggil polis


PETALING JAYA – Polis memanggil pelajar sekolah, Nurain Husniza Saiful Nizam bersama bapanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh petang tadi bagi membantu proses siasatan susulan satu laporan polis yang dibuat oleh seorang guru lelaki.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafaaton Abu Bakar berkata, guru tersebut membuat laporan polis ekoran kenyataan berbaur fitnah serta mengaibkan dirinya sebagai seorang guru serta Institusi Perguruan.

“Kenyataan itu dikatakan dibuat oleh pelajar itu semasa wawancara yang disiarkan di media sosial Utusan Online pada 30 April 2021 berkenaan guru pendidikan jasmani yang menyebut tentang elemen rogol semasa di dalam kelas.

“Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sungai Buloh telah memanggil Nurain Husniza bersama bapanya, Saiful Nizam Ab. Wahab untuk tujuan rakaman percakapan bagi membantu proses siasatan berkenaan aduan terhadap laporan polis dibuat guru tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shafaaton berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Nurain Husniza memaklumkan menerima surat tuntutan mahkamah daripada guru sekolah lamanya.

Ain Husniza melalui hantaran di Twitternya memberitahu, di dalam surat itu dia diberikan tempoh tujuh hari untuk semua tuntutan pernyataan-pernyataan fitnah selain turut dituntut untuk membayar ganti rugi sehingga RM1,000,000. 

– K! ONLINE

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)