Johor Bahru: Bomba menyelamatkan seorang lelaki yang menggelar tangan kirinya dipercayai akibat tekanan di sebuah rumah di Taman Johor Jaya, di sini, hari ini.
Lelaki berusia 39 tahun itu diselamatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, sejurus menerima panggilan daripada isterinya pada 5.56 petang.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor berkata, wanita terbabit menghubungi talian MERS selepas suaminya bertindak mengurung diri di dalam bilik.
Ketika itu, wanita berkenaan baru pulang daripada menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
"Sepasukan lapan anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II, M Haridass ke lokasi dan mengambil masa 12 minit untuk membuka pintu menggunakan peralatan.
"Dia ditemukan dalam keadaan separuh sedar, dipercayai cuba membunuh diri dengan pisau," katanya yang memberitahu mangsa diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.
Menurutnya operasi tamat pada 7.22 petang.
- HMetro