Hampa tak dapat solat berjemaah


KOTA BHARU – Masyarakat di negeri ini dilihat masih keliru dengan prosedur operasi stan­dard (SOP) untuk menunaikan solat berjemaah apabila ada antara mereka yang datang ke masjid terpaksa pulang hampa semalam.

Setakat ini, orang awam tidak dibenarkan berjemaah berikutan tiada arahan baharu mengenai pelaksanaan solat jemaah dikeluarkan Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).

Seorang penjawat awam, Arif Abdullah, 56, berkata, dia me­nyangka bahawa individu lengkap dos vaksin dibenarkan ke masjid, malah dia sendiri amat teruja untuk menunaikan solat zuhur di Masjid Muhammadi di sini semalam.

“Namun, saya tidak dibenarkan masuk dan telah diberikan penerangan oleh pe­ngawal ke­selamatan masjid negeri itu bahawa­ Kelantan masih mengekalkan SOP terdahulu.

“Saya berharap dapat berjemaah di masjid selepas Perdana Menteri membuat pengumuman SOP baharu sebelum ini. Saya fikir Kelantan juga memberi kebenaran untuk solat di masjid,” katanya ketika ditemui semalam.

Di Kuala La­ngat, hanya enam individu terdiri ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan surau dibenarkan menunaikan solat berjemaah meskipun kelonggaran telah diberi kepada individu lengkap vaksinasi.

Nazir Masjid Jamiul Ehsani Kampung Sijangkang, Zainal Ulum Ahmad Kasah berkata, setakat ini pihaknya hanya mengikut arahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Di Seremban, keputusan kerajaan negeri membenarkan orang ramai mengimarahkan masjid dan surau bermula semalam mendapat respons baik.

Seorang jemaah, Mohd. Ali Yusof, 60, berkata, dia hadir awal ke masjid untuk solat zuhur kerana SOP ditetapkan hanya menerima 30 atau 50 jemaah bergantung kapasiti masjid dan surau.

- Kosmo 

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)