Ibu tunggal jual durian kampung RM1 sekilo


TUMPAT – Seorang ibu tunggal mampu meraih pendapatan kira-kira RM5,000 sehari dengan menjual durian kampung pada harga antara RM1 hingga RM2 sekilogram (kg) di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor di sini.

Harga durian yang murah itu menyebabkan gerai Tengku Nor Amira Tengku Razaman, 31, menjadi tumpuan dan jualannya licin diborong dalam tempoh tiga jam.

Menurut Tengku Nor Amira, bekalan durian kampung itu diambil dari Jeli dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, Kota Bharu sebelum dijual dengan untung minimum antara 20 sen hingga RM1 satu kg.

“Kebanyakan pelanggan saya merupakan penduduk sekitar kawasan ini dan mereka ini antaranya dari golongan kurang berkemampuan.

“Walaupun murah, saya mampu menjual antara 3,000 hingga 4,000 kg durian sehari dan me­raih hingga RM5,000 sehari,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, selain durian kampung, dia turut menjual durian kunyit, IOI, Cheni, Udang Me­rah dan kahwin pada harga antara RM12 hingga RM22 sekilogram.

Kata ibu kepada dua cahaya mata berusia tujuh dan 13 tahun itu, ketika musim durian baru bermula, hasil jualan di gerainya pernah mencecah RM15,000 sehari, namun untung semakin berkurangan apabila harga raja buah itu turun setiap hari.

“Sebelum musim Covid-19, saya bekerja sebagai tukang cuci kolam udang di Selangor dan di­sebabkan kolam tersebut ditu­tup sementara waktu, saya pulang ke kampung mencari kerja lain.

“Abang saya memberi modal untuk saya berniaga durian di gerai buah-buahan milik keluarga kami sejak April lalu,” katanya.

Ujarnya, selepas musim du­rian, dia akan berniaga buah tembikai dan bercadang untuk membuka kedai makan. 

-K! ONLINE

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



FBBOOM

Software Facebook Auto Bot, Iklankan produk atau servis anda di Facebook secara automatik!

Manfaat guna software FB Auto Bot

✅ AUTO POST TO GROUP
✅ AUTO SHARE POST
✅ AUTO ADD FRIEND ( TARGETED )
✅ AUTO JOIN GROUP ( TARGETED )
✅ AUTO INBOX FRIEND
✅ AUTO SELL IN MARKETPLACE ( NEW )
✅ AUTO COMMENT POSTING ( NEW )
✅ AUTO LIST MARKETPLACE GROUP ( NEW )

(420,165 Download)






TraderBot

Applikasi trading signal bot automatik... Android sahaja

Applikasi trading signal bot memudahkan aktiviti trading harian anda. Kurangkan risiko, trade dengan selamat

(1,931,003 Downloads)