Edisi 7

Ingkar SOP: 225 ditahan, 67 premis diarah tutup


PUTRAJAYA- Bilangan individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) di seluruh negara semalam merekodkan 225 orang dengan seramai 194 dikompaun manakala 31 lagi ditahan reman.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sejumlah 67 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana didapati masih ingkar SOP.

“Pasukan Task Force Operasi Pematuhan semalam melakukan pemeriksaan ke atas 1,760 kilang, 15,948 premis perniagaan, 861 tapak pembinaan dan 372 asrama penempatan pekerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seramai 15 pendatang asing tanpa izin turut ditahan dan empat kenderaan darat disita menerusi Operasi Benteng semalam selain menjalankan 949 sekatan jalan raya di seluruh negara.

Menyentuh isu kuarantin wajib, katanya, 428 individu tiba di tanah air semalam, dengan jumlah kumulatif seramai 264,313 diarahkan menjalani proses mandatori itu sejak 24 Julai 2020.

“Sejumlah 9,893 individu masih lagi menjalani kuarantin wajib di 83 hotel serta 11 buah institusi latihan awam dan swasta di seluruh negara,” jelas Hishammuddin.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula semalam membuat pemantauan 10 jenis bekalan barangan di 558 peruncit, 159 pemborong dan 32 pengilang termasuk melakukan sejumlah 2,451 pemeriksaan khas pematuhan SOP dengan kesemua premis yang terbabit didapati mematuhi peraturan. 

-K! ONLINE

LAZADA 10.10

LAZADA 10.10 Tenaga Sale!

Nikmati potongan harga 60% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!