Jangan makan berlebihan kulit ayam – PHM


PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak ‘mengambil’ secara berlebihan masakan berasaskan kulit ayam terutamanya yang bergoreng kerana ia boleh memudaratkan kesihatan.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia, pengambilan makanan tersebut boleh menyebabkan seseorang itu berisiko untuk mengidap penyakit jantung serta darah tinggi.

Selain itu, kulit ayam juga mempunyai kandungan lemak tepu serta kolestrol yang tinggi sekali gus dapat meningkatkan berat badan.

“Jangan makan berlebihan ya. Kulit ayam ini menakung kalori dan lemak tepu,” kata Public Health Malaysia pada hantarannya semalam.

Terdahulu, tular di laman sosial semalam menu terbaharu sebuah syarikat makanan segera yang sedang mempromosikan makanan berasaskan kulit ayam.

Menerusi gambar yang dimuat naik di laman sosial itu, rata-rata pengguna tidak sabar untuk menikmati menu tersebut yang kini boleh didapati di semua cawangan restoran itu di seluruh negara.

-K! ONLINE

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)