Jika terambil, mohon pulangkan


IPOH – Seorang lelaki memohon jasa baik sesiapa yang terambil telefon pintar Iphone 11 milik adiknya yang terlibat dalam kemalangan di Tambun di sini agar mengembalikannya.

Meor Mohammad Noriman memaklumkan adiknya, Muhammad Amirul yang bekerja sebagai penghantar makanan Foodpanda mengalami kemalangan ketika bertugas.

Melalui perkongsian pada laman Facebook Viral Perak, katanya, telefon berkenaan mengandungi gambar kenangan adiknya bersama arwah ibu mereka yang meninggal dunia Julai lalu.

“Adik saya Muhammad Amirrul (Am) baru saja kemalangan di Tambun semasa ingin menghantar/ pulang makanan (Foodpanda).

“Tujuan saya menulis ini adalah untuk memberitahu sesiapa yang menjumpai telefon bimbit jenis Iphone 11 di lokasi kejadian harap dapat mengembalikan semula,” katanya.

Dia juga meminta orang ramai agar mendoakan adiknya selain memaklumkan mereka sekeluarga kehilangan ibu pada 10 Julai lalu.

“Untuk makluman, kami sekeluarga baru sahaja kehilangan emak Siti Sariah Sayed Idun pada 10.7.2021 dan segala gambar kenangan bersama arwah ada dalam telefon tersebut.

“Mohon jasa baik sesiapa yang jumpa nak ambil telefon silakan tapi gambar itu sangat berharga,” katanya.

 -K! ONLINE

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)