Edisi 7

Mayat lelaki dipercayai mangsa keenam tragedi kepala air ditemui


Yan: Penemuan mayat seorang lelaki di atas timbunan kayu di sebuah chalet berhampiran Pusat Kawalan Bencana (PKB) Titi Hayun hari ini dipercayai milik Ridwan Poniman, 61, yang hilang dalam tragedi kepala air Gunung Jerai, Rabu lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkata, mayat ditemui jam 12 tengahari tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang tertumpu di Kampung Acheh, hari ini.

Beliau berkata, mayat berjaya dikeluarkan jam 1.30 petang dan diserahkan kepada polis jam 1.45 petang.

"Bagaimanapun setakat ini identiti mangsa belum dapat disahkan sebagai mangsa keenam yang hilang, kita serahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan mayat dihantar ke Hospital Yan," katanya ketika ditemui di Titi Hayun, hari ini.

Sayani berkata, pihaknya menunggu pengecaman mayat berkenaan dan sekiranya ia disahkan sebagai mangsa keenam, operasi akan ditamatkan namun jika belum disahkan, operasi akan terus berjalan.

- HMetro 

LAZADA 10.10

LAZADA 10.10 Tenaga Sale!

Nikmati potongan harga 60% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!