Edisi 7

Siti Sarah sumbang belasan ribu untuk korban di Palestin


PETALING JAYA- Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mendedahkan penyanyi Siti Sarah pernah menyertai ibadah korban di Palestin dengan menyumbangkan lembu bernilai ribuan ringgit.

Menurutnya, beliau telah dihubungi pelantun lagu Kesetiaan itu sebelum Aidiladha lalu dengan memaklumkan mahu menyertai program korban di bumi Gaza.

“Masa itu saja terkejut beliau (Siti Sarah) nak korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit, bukan satu bahagian sahaja, seolah beliau sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebaikannya yang terakhir.

“Selepas itu beliau kerap berhubung dan bertanya tentang keadaan saudara-saudara di Palestin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook tadi.

Difahamkan, harga satu bahagian lembu bagi ibadah korban di Palestin bernilai RM1,900.

Berat bagi seekor lembu di Palestin pula antara 550 hingga 600 kilogram seekor yang memanfaatkan hampir 1,500 orang.

Katanya lagi, nyawa Siti Sarah diambil dalam keadaan beliau memikirkan umat, peduli dengan nasib selain didoakan oleh ratusan penduduk di bumi Palestin yang pernah merasa daging sumbangan arwah.

“Beruntunglah dikau, diberi syahid sambil didoakan ratusan keluarga syuhada akhirat di bumi berkat.

“Semoga engkau tenang di sana, Al Fatihah,” tulisnya. 


-K! ONLINE


LAZADA 10.10

LAZADA 10.10 Tenaga Sale!

Nikmati potongan harga 60% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!