Tokyo 2020: Beregu badminton negara hadiahkan pingat gangsa pertama buat Malaysia


KUALA LUMPUR: Beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya meraih pingat gangsa pertama buat kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menewaskan jaguh Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan di Musashino Forest Sports Plaza sebentar tadi.


Harapan membawa pulang pingat gangsa ini menjadi kenyataan apabila Aaron-Soh Wooi menyingkirkan pasangan Indonesia itu dengan kutipan mata 17-21, 21-17 dan 21-14.


Ini kali kedua gandingan negara mengalahkan pasangan itu yang juga beregu nombor dua dunia dalam temasya Olimpik kali ini selepas pertemuan di peringkat suku akhir Khamis lalu.


Naib Juara Kejohanan Seluruh England (All England) 2019 itu gagal untuk melangkah ke perlawanan akhir selepas dikecewakan beregu China, Li Junhui-Liu Yuchen pada aksi separuh akhir semalam.


【Available】2L 3L Chopper Blender Electric Meat Garlic Chilies Grinder Mini Blender Portable Mincer 搅拌器 (250-300W)
RM 21.90





Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)