Edisi 7

Vaksinator tegas dengan warga asing dikecam


Vaksinator tegas dengan warga asing dikecam

PETALING JAYA – Tindakan seorang vaksinator memarahi penerima vaksin warganegara asing di sebuah Pusat Pemberian Vaksin mendapat kecaman orang ramai.

Sebuah video berdurasi 15 saat yang memaparkan seorang warga asing sedang bersedia untuk menerima vaksin, tetapi dimarahi oleh vaksinator kerana lengan bajunya tidak diangkat dengan betul itu turut tular di media sosial.

Dalam video itu juga kedengaran vaksinator wanita tersebut turut memarahi tindakan lelaki berkenaan yang dikatakan terlalu sibuk hendak merakam video.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna media sosial menyelar tindakan vaksinator tersebut yang dikatakan tidak begitu berbudi bahasa.

“Saya sebagai vaksinator pun rasa agak kasar. Saya pun berlambak sahaja warga asing tak sengaja lambatkan proses nak cucuk sebab nak rakam. Tapi tak apa, ambil saja masa. Kita layan baik-baik sebab nak orang layan keluarga kita baik-baik juga,” kata Qistina.

“Jangan kata dia, aku pun kena masa cucuk dos kedua. Aku nak pin tudung balik pun dia marah katanya lambat. Yang dos pertama tu dapat vaksinator baik siap suruh kemas-kemaskan tudung sebelum keluar,” kata El.

Bagaimanapun, terdapat pengguna media sosial yang menganggap vaksinator tersebut hanya kepenatan dan mahu mengejar masa.

“Maaf cakap bagi aku tak ada apa yang salah. Sepatutnya lelaki itu kena fokus betul-betul daripada sibuk dengan telefon,” kata Zaini.




“Itu bukan kasar, nada percakapan biasa sahaja tu. Benda kecil janganlah besar-besarkan, ingat senang ke nak hadap banyak manusia dengan macam-macam perangai,” kata Zaza.

Sehingga kini video tersebut telah ditonton lebih 800,000 kali dan mendapat lebih 9,000 tanda suka. – K! ONLINE

LAZADA 10.10

LAZADA 10.10 Tenaga Sale!

Nikmati potongan harga 60% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!