Wanita berpakaian seksi ketika suntik vaksin dikecam netizen, didakwa tiada rasa malu terhadap orang tua yang berada di situ


Kuala Lumpur: "Untuk apa dia nak berpakaian seksi dan apa perlunya dia buat begitu?" kata penyanyi Keena Mentor mengulas mengenai tindakan seorang wanita yang berpakaian keterlaluan ketika mengambil suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).


Menerusi rakaman video yang tular hari ini, wanita terbabit dilihat menanggalkan baju untuk menerima suntikan sehingga menampakkan pakaian dalamnya.


Keena berkata, tindakan ini sangat memalukan kerana wanita terbabit jelas tidak menghormati undang-undang.



"Tidak bolehkah dia berpakaian yang sesuai dan kena dengan tempat? Cubalah fikir tempat ini turut dihadiri oleh semua golongan termasuk warga emas.

"Dah pakai begini, dia mencolok mata petugas vaksin apabila terpaksa buka baju sehingga nampak pakaian dalam. Kejadian ini amat memalukan.


"Tindakannya juga mengundang bahaya terhadap diri sendiri. Sekiranya dia diganggu oleh mana-mana pihak, jangan salahkan sesiapa kerana itu kesalahannya sendiri," katanya.

Keena yang sangat kecewa, turut meluahkan perasaannya menerusi perkongsian di media sosial.

Keena Mentor



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)