Wanita terkunci dalam rumah, demam selepas suntikan vaksin


Wanita terkunci dalam rumah, demam selepas suntikan vaksin

Mangsa ditemui terbaring di ruang tamu rumah dalam keadaan lemah dan menggigil.

IPOH, PERAK - Anggota bomba membantu mengeluarkan seorang wanita yang terkunci dalam rumah seorang diri dalam keadaan lemah dipercayai demam selepas menerima suntikan vaksin di Taman Pakatan Bercham di sini pada Isnin.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh pada jam 8.28 pagi memaklumkan seorang wanita berusia 53 tahun terbaring di ruang tamu rumah dalam keadaan menggigil.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, operasi menyelamat dilakukan dengan memotong mangga pintu rumah itu menggunakan 'bolt cutter'.

Anggota bomba mengeluarkan mangsa di rumahnya di Taman Pakatan Bercham, Ipoh pada Isnin.

"Mangsa masih sedarkan diri semasa pasukan bomba tiba, namun dalam keadaan lemah terbaring dan menggigil.

"Makluman awal mengatakan mangsa mengalami demam selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 yang pertama," katanya di sini pada Isnin.

Beliau berkata, mangsa diserahkan kepada petugas kesihatan untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi tamat pada jam 9.30 pagi," katanya.

Sumber: Sinar Harian
Oleh: NORMAWATI ADNAN

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



FBBOOM

Software Facebook Auto Bot, Iklankan produk atau servis anda di Facebook secara automatik!

Manfaat guna software FB Auto Bot

✅ AUTO POST TO GROUP
✅ AUTO SHARE POST
✅ AUTO ADD FRIEND ( TARGETED )
✅ AUTO JOIN GROUP ( TARGETED )
✅ AUTO INBOX FRIEND
✅ AUTO SELL IN MARKETPLACE ( NEW )
✅ AUTO COMMENT POSTING ( NEW )
✅ AUTO LIST MARKETPLACE GROUP ( NEW )

(420,165 Download)






TraderBot

Applikasi trading signal bot automatik... Android sahaja

Applikasi trading signal bot memudahkan aktiviti trading harian anda. Kurangkan risiko, trade dengan selamat

(1,931,003 Downloads)