Edisi 7

462,586 terima vaksin Covid-19 menerusi Movak


PORT DICKSON – Seramai 462,586 orang individu di negara ini telah menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi program Mobilisasi Vaksin Komuniti (Movak) setakat 31 Ogos lalu.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 281,938 individu diberikan suntikas dos pertama manakala selebihnya adalah dos kedua yang melibatkan penggunaan sebanyak 25 buah bas telah diubah suai.

“Tentunya program ini usaha menyokong apa yang sedang dilaksanakan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Kami juga menerima kerjasama kerajaan negeri yang membantu membuat semakan penerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera.

“Ia sangat bagus kerana kita memasuki kampung Orang Asli dan kawasan pinggir bandar dan akan terus dilaksanakan sehingga pandemik Covid-19 ini berakhir,” katanya selepas program agihan kotak makanan di Dewan Komuniti Ladang Tanah Merah, Chuah, dekat sini hari ini.

Sementara itu, Halimah berkata, Kementerian Perpaduan Negara telah menyusun program yang akan diberikan keutamaan dan perlu dicapai dalam tempoh 100 hari pembentukan Kabinet baharu, yang dinamakan sebagai KPI 100. 

– K! ONLINE

LAZADA 10.10

LAZADA 10.10 Tenaga Sale!

Nikmati potongan harga 60% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!