67 kanak-kanak meninggal akibat Covid-19


PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan sebanyak 67 kematian Covid-19 dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak sepanjang tahun ini sehingga kelmarin berbanding enam kematian direkodkan pada tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, statistik kematian tersebut adalah membimbangkan selain trend peningkatan jangkitan Covid-19 dalam kalangan golongan itu (berusia 0 hingga 18 tahun) di negara ini.

Justeru, beliau berkata, KKM menyasarkan supaya 60 peratus daripada kanak-kanak remaja berusia 12 hingga 17 tahun mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang November dan 80 peratus daripada mereka yang layak divaksinasi mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022.

“Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah memberikan kelulusan bersyarat kepada semua kanak-kanak remaja yang telah mencapai umur 12 tahun dan ke atas untuk divaksinasi.

“Sehubungan itu, ibu bapa dan penjaga dinasihatkan untuk mendaftarkan anak-anak mereka yang layak menerusi institusi-institusi pendidikan masing-masing dan melalui aplikasi MySejahtera dengan kadar segera,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 – K! ONLINE

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)