Edisi 7

Curi-curi rakam gambar gadis buang air kecil


Curi-curi rakam gambar gadis buang air kecil

KAPIT: Seorang lelaki ditangkap setelah disyaki curi-curi merakam gambar seorang gadis ketika membuang air kecil di tandas di sini baru-baru ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata suspek dalam lingkungan umur 30-an ditangkap susulan laporan polis dibuat mangsa berusia 19 tahun.

Menurutnya, kejadian tersebut dilaporkan berlaku di tandas sebuah kedai makan dipercayai tempat mangsa bekerja.

"Susulan itu, suspek telah ditangkap dan telefon bimbitnya juga dirampas untuk siasatan lanjut," katanya semasa dihubungi, hari ini.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

LAZADA 10.10

LAZADA 10.10 Tenaga Sale!

Nikmati potongan harga 60% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!