Edisi 7

Kerani songlap wang syarikat RM4 juta ditahan

 



Kerani songlap wang syarikat RM4 juta ditahan


AMPANG – Kehilangan wang sebuah syarikat pembinaan di Taman Dagang Permai berjumlah kira-kira RM4 juta terbongkar dengan penahanan seorang kerani, dekat sini semalam.


Wanita berusia 39 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, polis menerima laporan pada November tahun lalu yang dibuat pengarah syarikat pembinaan berkenaan selepas menyedari wang syarikatnya makin berkurangan di dalam akaun.


“Pengadu mendakwa wang syarikat telah dipindahkan melalui beberapa transaksi yang didakwa telah dilakukan suspek ke dalam akaun peribadinya secara berperingkat dalam anggaran RM4 juta.


“Suspek mempunyai akses ke atas akaun bank milik syarikat kerana pengadu telah cuti sakit sejak Januari 2018 hingga Jun tahun lalu dan tiada individu lain yang boleh mengakses wang tersebut melainkan suspek,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.


Jelasnya, siasatan mendapati terdapat dua akaun bank milik suspek yang digunakan untuk tujuan pemindahan wang syarikat.


Menurut beliau, kes masih di dalam siasatan pihak polis untuk dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.


Katanya, suspek direman selama empat hari mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan (KK).


LAZADA 10.10

LAZADA 10.10 Tenaga Sale!

Nikmati potongan harga 60% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!