Edisi 7

Kereta rempuh pasar raya, pekerja makanan segera cedera


Kuala Lumpur: Pemandu kereta tertekan pedal minyak sebelum merempuh pintu masuk sebuah pasar raya di Puchong hari ini dan menyebabkan seorang lelaki cedera.

Dalam kejadian pada 4.30 petang itu, lelaki berusia 64 tahun yang memandu Perodua Myvi dikatakan baru selesai membeli-belah di pasar raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, ketika kereta berkenaan mula sedang bergerak secara tiba-tiba lelaki berkenaan tertekan pedal minyak hingga merempuh cermin pasar raya terbabit.

"Kenderaan itu turut melanggar seorang lelaki berusia 31 tahun yang juga pekerja di restoran makanan segera di pasar raya berkenaan.

"Mangsa yang cedera dibantu orang awam sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


- HMetro 


LAZADA 10.10

LAZADA 10.10 Tenaga Sale!

Nikmati potongan harga 60% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!