Lelaki marah tak dapat solat jumaat sudah minta maaf dengan pihak pengurusan masjid


Lelaki marah tak dapat solat jumaat sudah minta maaf dengan pihak pengurusan masjid


“Kami mengikut SOP yang ditetapkan JHEAINS dengan hanya membenarkan 150 jemaah masuk ke dalam masjid bagi solat Jumaat” katanya.


SEREMBAN – Seorang lelaki berusia 59 tahun membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan penularan rakaman video di aplikasi TikTok pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di Masjid Arraudhah Kariah Taman Rasa Sayang, Senawang di sini hari ini.


Video rakaman lelaki tersebut gagal untuk solat Jumaat tular selepas dia memuat naik video berkenaan.


“Seperti mana yang telah ditentukan saya telah buat permohonan maaf pada masjid, tapi atas keputusan ahli jawatankuasa (AJK) masjid sebulat suara untuk buat sidang akhbar.


” Pihak masjid sudah jelaskan kepada saya bahawa SOP ini bukan sengaja dibuat, tetapi SOP atas arahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan,” katanya pada sidang akhbar permohonan maaf secara terbuka di masjid itu hari ini.





Turut hadir Ketua Pentadbir masjid berkenaan, Zulkifli Muhamed.


Tambahnya, dia juga menyeru kepada sesiapa yang berkongsi video berkenaan supaya menghentikannya.


“Kalau tidak mereka juga akan dikenakan tindakan dan itu terpulang pada pihak masjid. Ini adalah ‘public apology’ ‘kepada masjid, pengurus, AJK dan kariah seterusnya kerana kes ini adalah salah faham,”tambahnya.


Sementara itu, Zulkifli berkata, dakwaan berunsur fitnah melalui video itu memburukkan imej masjid kerana pihaknya tidak mengamalkan konsep ‘ kayangan’ dibenarkan masuk.



“Malah rakaman itu juga berunsur ugutan kerana perakam mengatakan akan menularkan video itu.


“Kami mengikut SOP yang ditetapkan JHEAINS dengan hanya membenarkan 150 jemaah masuk ke dalam masjid bagi solat Jumaat” katanya.- K! ONLINE


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)