Mayat bayi dijumpai dalam asrama pekerja kilang

Mayat bayi dijumpai dalam asrama pekerja kilang

“Hasil siasatan awal, kita percaya bayi lelaki tersebut telah berusia dua hari sebelum mayatnya ditemui.

ALOR GAJAH – Mayat bayi lelaki dalam keadaan masih bertali pusat ditemui di dalam beg plastik hitam di sebuah asrama pekerja kilang di sini, dipercayai disembunyikan oleh ibunya warga Nepal sejak Isnin lalu.

Kejadian itu bagaimanapun terbongkar selepas pengurus kilang berkenaan memeriksa bilik suspek yang berusia 38 tahun pada pukul 8 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kejadian itu dikesan selepas wanita terbabit cuba mendapatkan rawatan di klinik panel dengan menggunakan alasan kakinya sakit.

“Pada Isnin lalu suspek telah meminta pemandu van kilang membawanya ke klinik pada pukul 1.30 pagi atas alasan sakit kaki, namun dia telah dirujuk ke Hospital Alor Gajah selepas disyaki mengalami keguguran.

“Pada pukul 8 pagi (semalam) pengurus kilang tersebut telah memeriksa bilik suspek dan menemui mayat bayi lelaki dalam keadaan masih bertali pusat yang disorokkan di dalam beg plastik hitam di atas katil,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, Balai Polis Masjid Tanah kemudian menerima laporan panggilan berhubung kejadian pada pukul 9.10 pagi dan sepasukan pegawai penyiasat bersama-sama pasukan forensik bergegas ke lokasi.

“Hasil siasatan awal, kita percaya bayi lelaki tersebut telah berusia dua hari sebelum mayatnya ditemui.

“Suspek yang kini dirawat di wad di Hospital Melaka telah ditahan pada pukul 12 tengah hari semalam bagi membantu siasatan,” katanya.

Tambahnya, pihak polis juga sedang mengesan teman lelaki suspek yang juga warga Nepal berusia 38 tahun.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)