Motor hilang kawalan rempuh tembok jalan, abang bawa adik pergi vaksin jatuh dari flyover
Semasa sampai tempat kejadian sepasang suami isteri yang berhenti untuk melihat kejadian bingung apabila adik ini seperti tercari-cari sesuatu. Apabila mereka bertanya kepada adik itu apa yang dicarinya, adik itu berkata “saya cari abang saya”. Terkejut dengan soalan itu pasangan tersebut terus memandang kebawah flyover dan melihat abang kepada adik tersebut terlantar dibawah.
ABANG MAUT, ADIK CEDERA MOTOSIKAL JATUH FLYOVER
JOHOR BAHRU - Seorang lelaki maut apabila motosikal yang dinaiki bersama adiknya hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 4, Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) sebelum tercampak ke laluan bawah lebuh raya itu pagi tadi.
Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, mangsa yang berusia 21 tahun itu maut di tempat kejadian, manakala adiknya berusia 19 tahun mengalami kecederaan ringan.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila motosikal itu terbabas.
Mangsa difahamkan dalam perjalanan pulang ke rumah di Pasir Gudang selepas menghantar adiknya mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
"Mangsa yang difahamkan terbabas dan tercampak ke laluan bawah Lebuh raya EDL mengalami cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia.
"Adiknya hanya pula mengalami kecederaan ringan di jari sahaja," katanya dalam ketika dihubungi hari ini.
Raub berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk dibedah siasat, manakala adiknya menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.