Padah jual ayam dengan harga tidak munasabah


ALOR SETAR – Sebanyak 21 premis diberikan notis bertulis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 setelah didapati menjual ayam pada harga tidak munasabah di negeri ini.

Timbalan Pengarah Penguat Kuasa (Operasi), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Shamsul Nizam Khalil berkata, pemantauan dan pemeriksaan harian dilakukan secara konsisten di setiap rantaian pengedaran ayam iaitu penternak, pemborong dan peruncit.

Menurutnya, operasi itu penting dalam memastikan tiada pihak yang memanipulasi harga dan mengaut keuntungan tidak munasabah.

“Susulan daripada isu kenaikan harga ayam, KPDNHEP Kedah menjalankan pemeriksaan berterusan di pasar-pasar awam untuk memastikan peniaga tidak menjual ayam standard melebihi RM9.50 sekilogram,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, pihaknya setakat ini telah melakukan 704 pemeriksaan di seluruh negeri ini bagi memastikan isu kenaikan harga ayam dapat dikawal.

“Ayam di pasar basah dijual pada harga antara RM9 sehingga RM10.50 sekilogram sejak awal bulan ini,” ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan juga mendapati ada peniaga menjual ayam standard pada harga RM7.90 di Pasar Besar Alor Setar.

– K! ONLINE

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)