Penjawat awam didakwa rogol anak tirinya berusia 11 tahun


Penjawat awam didakwa rogol anak tirinya berusia 11 tahun

“Suspek yang tinggal bersama mangsa dan ibunya sejak tujuh tahun lalu juga mengugut gadis itu agar tidak menceritakan perbuatan terkutuknya kepada ahli keluarga yang lain."


KOTA BHARU – Seorang penjawat awam direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes memperkosa anak tirinya yang merupakan remaja bawah umur sejak tiga tahun lalu.

Suspek yang berusia 38 tahun itu ditahan di rumahnya di Guchil Bayam di sini semalam selepas mangsa yang berusia 14 tahun membuat laporan polis kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini beberapa jam selepas suspek melakukan perbuatan terkutuk itu terhadapnya di rumah mereka.

Menurutnya, siasatan mendapati, bapa tiri mangsa merogolnya ketika dia berada seorang diri di dalam bilik kira-kira pukul 8 pagi.

“Mangsa yang tidak tahan dengan perbuatan suspek itu telah menceritakan kejadian tersebut kepada ibu saudaranya.

“Ibunya telah membawa gadis itu untuk membuat laporan di IPD Kota Bharu sebelum mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Abdul Rahim, hasil pemeriksaan yang dijalankan pegawai perubatan HRPZ II mendapati ada kesan koyakan baru dan lama pada kemaluan mangsa.

Katanya, siasatan terhadap suspek mendapati, dia mengaku telah merogol anak tirinya sejak gadis itu berusia 11 tahun ketika ibu mangsa tiada di rumah.

“Suspek yang tinggal bersama mangsa dan ibunya sejak tujuh tahun lalu juga mengugut gadis itu agar tidak menceritakan perbuatan terkutuknya kepada ahli keluarga yang lain.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan sumbang mahram.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)