Edisi 7

Pokok tumbang hempap treler


TAMPIN – Seorang pemandu treler berhadapan detik cemas apabila kenderaan yang dipandunya dihempap pokok tumbang dalam kejadian ribut di persimpangan tiga, Jalan Gemas – Pasir Besar, di sini, tadi.

Dalam kejadian berkenaan, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemas bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 6.42 petang.

Menurut Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Gemas, Mohd Farid Abu Bakar, pihaknya sampai ke lokasi pada pukul 6.50 petang dan mendapati beberapa pokok di sepanjang satu kilometer telah tumbang di laluan tersebut.

“Terdapat pokok yang telah menghempap sebuah treler muatan kayu. Bagaimanapun, tiada orang awam yang cedera dalam kejadian ini.

“Kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan oleh pasukan bomba dan agensi lain bagi memastikan laluan berkenaan tidak terhalang,” katanya ketika dihubungi di sini tadi.

-K! ONLINE

LAZADA 10.10

LAZADA 10.10 Tenaga Sale!

Nikmati potongan harga 60% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!