Sebar video, mesej lucah berkaitan dengan pendakwah terkenal ganggu siasatan polis - JSJ BUKIT AMAN


Sebar video, mesej lucah berkaitan dengan pendakwah terkenal ganggu siasatan polis - Pengarah JSJ BUKIT AMAN


"Kita minta orang ramai di luar sana agar menghormati siasatan yang kini sedang dijalankan secara lebih terperinci pihak polis.


KUALA LUMPUR: Segala bukti dan maklumat berkaitan dakwaan salah laku dan gangguan seksual dilakukan seorang pendakwah terkenal sewajarnya diserahkan kepada polis dan bukan disebarkan di media sosial.


Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, perbuatan menyebarkan bukti dan maklumat itu jelas mengganggu proses siasatan polis ke atas pendakwah terbabit yang kini masih berjalan.


"Kita buka satu kertas siasatan berhubung penyebaran video dan mesej lucah berkenaan kerana ia mengganggu siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan pendakwah terbabit.


"Kita minta orang ramai di luar sana agar menghormati siasatan yang kini sedang dijalankan secara lebih terperinci pihak polis.


"Patuhilah undang-undang kerana kita tidak mahu kenyataan yang disebarkan itu mengganggu siasatan kes yang sedang berjalan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di sini, hari ini.


Beliau berkata pihaknya memohon orang ramai yang mungkin mempunyai maklumat yang boleh membantu siasatan supaya tidak menyebarkannya di media sosial.


"Hantar terus kepada polis bagi membolehkan kita melengkapkan kertas siasatan (ke atas pendakwah) seterusnya merujuk kertas siasatan ke Pejabat Peguam Negara.


"Pihak polis berharap perkara ini diambil maklum dan difahami oleh semua pihak yang mempunyai maklumat," katanya.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



FBBOOM

Software Facebook Auto Bot, Iklankan produk atau servis anda di Facebook secara automatik!

Manfaat guna software FB Auto Bot

✅ AUTO POST TO GROUP
✅ AUTO SHARE POST
✅ AUTO ADD FRIEND ( TARGETED )
✅ AUTO JOIN GROUP ( TARGETED )
✅ AUTO INBOX FRIEND
✅ AUTO SELL IN MARKETPLACE ( NEW )
✅ AUTO COMMENT POSTING ( NEW )
✅ AUTO LIST MARKETPLACE GROUP ( NEW )

(420,165 Download)






TraderBot

Applikasi trading signal bot automatik... Android sahaja

Applikasi trading signal bot memudahkan aktiviti trading harian anda. Kurangkan risiko, trade dengan selamat

(1,931,003 Downloads)