Wanita 20-an terjun bangunan tingkat 30


Lihat rakan terjun dari tingkat 30 depan mata


“Mangsa yang berasal Kota Setar, Kedah, memaklumkan keinginannya untuk membunuh diri kepada rakannya yang sudah lebih setahun tidak dijumpai ketika mereka meluangkan masa bersama di aras atas bahagian bumbung bangunan itu."


CYBERJAYA – Polis mengesahkan wanita yang ditemui mati dipercayai terjun dari tingkat 30, Tower J, Mutiara Ville, Cyberjaya malam tadi, mempunyai keinginan untuk membunuh diri.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, sebelum kejadian, mangsa, remaja berbangsa Cina berusia 20-an naik ke aras bumbung bersama-sama seorang rakannya kira-kira pukul 7 malam.

“Mangsa yang berasal Kota Setar, Kedah, memaklumkan keinginannya untuk membunuh diri kepada rakannya yang sudah lebih setahun tidak dijumpai ketika mereka meluangkan masa bersama di aras atas bahagian bumbung bangunan itu.

“Pada pukul 8 malam, rakannya meninggalkan mangsa bersendirian di lokasi terbabit kerana mangsa tidak mahu kawannya itu melihat dia terjun. Mangsa bagaimanapun meminta rakannya melihat dari bawah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, rakannya kemudian menuruni lif ke tingkat lima dan melalui jambatan untuk pergi Tower I sebelum memaklumkan rakannya yang lain.

“Mereka kemudian melihat mangsa terjun dari aras ‘rooftop’ ke jalan raya kira-kira pukul 8.45 malam,” katanya.

Tambah Wan Kamarul Azran, akibat kejadian itu, mangsa patah tulang pinggul sebelah kiri, tulang belakang serta mengalami kecederaan di bahagian perut dan tidak terdapat kesan lain yang mempunyai unsur jenayah semasa siasatan dijalankan oleh pasukan forensik.

Beliau berkata, mangsa meninggalkan pod vape, kunci kereta, telefon bimbit dan bekas air manakala dokumen mangsa seperti kad pengenalan, lesen dan kad bank sempat diserahkan kepada rakannya

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



FBBOOM

Software Facebook Auto Bot, Iklankan produk atau servis anda di Facebook secara automatik!

Manfaat guna software FB Auto Bot

✅ AUTO POST TO GROUP
✅ AUTO SHARE POST
✅ AUTO ADD FRIEND ( TARGETED )
✅ AUTO JOIN GROUP ( TARGETED )
✅ AUTO INBOX FRIEND
✅ AUTO SELL IN MARKETPLACE ( NEW )
✅ AUTO COMMENT POSTING ( NEW )
✅ AUTO LIST MARKETPLACE GROUP ( NEW )

(420,165 Download)






TraderBot

Applikasi trading signal bot automatik... Android sahaja

Applikasi trading signal bot memudahkan aktiviti trading harian anda. Kurangkan risiko, trade dengan selamat

(1,931,003 Downloads)