Edisi 7

Warga emas mati mengejut di kaunter JPJ


Warga emas mati mengejut di kaunter JPJ

KAJANG – Seorang lelaki warga emas ditemui tidak sedarkan diri di kerusi tempat menunggu di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) cawangan Bangi di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian daripada seorang individu pada pukul 10.21 pagi.

“Mangsa merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 76 tahun dan ditemui tidak sedarkan diri di kerusi tempat menunggu di kaunter JPJ berkenaan.

“Ambulans telah dihubungi dan pegawai kesihatan telah mengesahkan kematian warga emas terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.




Mohd. Zaid memberitahu, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kajang untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.




“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat atau hadir di mana-mana balai polis berhampiran untuk memberi maklumat,” jelasnya. 

LAZADA 10.10

LAZADA 10.10 Tenaga Sale!

Nikmati potongan harga 60% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!