Naib Ketua Bersatu Pasir Puteh mohon maaf hina pemain badminton negara


Naib Ketua Bersatu Pasir Puteh mohon maaf hina pemain badminton negara

“Saya tidak berniat menghina pemain badminton negara dengan panggilan tersebut. Sebaliknya, ia merupakan bahasa dialek percakapan yang merujuk kepada orang India. Ini adalah satu kekhilafan yang telah saya lakukan tanpa mengkaji kesannya."-katanya


PASIR PUTEH – Naib Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pasir Puteh, Borhanuddin Che Rahim memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung status di Facebook berbaur perkauman terhadap pemain badminton perseorangan wanita negara, S.Kisona semalam.

Borhanuddin yang menggunakan akaun Facebook bernama Borhan Che Rahim itu berkata, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk merendah-rendahkan individu atau kaum ketika menulis status di media sosial.

“Saya tidak berniat menghina pemain badminton negara dengan panggilan tersebut. Sebaliknya, ia merupakan bahasa dialek percakapan yang merujuk kepada orang India. Ini adalah satu kekhilafan yang telah saya lakukan tanpa mengkaji kesannya.


“Dengan ini, saya menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terutama kepada yang terkesan akibat hantaran tersebut. Saya juga akan memperbaiki sikap saya kelak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial hantaran berbaur perkauman yang ditulis pemilik akaun Facebook, Borhan Che Rahim terhadap Kisona selepas pemain perseorangan wanita negara itu tewas di tangan pemain Jepun pada aksi separuh akhir Piala Sudirman di Finland semalam.


Tulisan tersebut menerima kecaman pelbagai pihak termasuk Persatuan Badminton Malaysia yang mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan terbabit.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



FBBOOM

Software Facebook Auto Bot, Iklankan produk atau servis anda di Facebook secara automatik!

Manfaat guna software FB Auto Bot

✅ AUTO POST TO GROUP
✅ AUTO SHARE POST
✅ AUTO ADD FRIEND ( TARGETED )
✅ AUTO JOIN GROUP ( TARGETED )
✅ AUTO INBOX FRIEND
✅ AUTO SELL IN MARKETPLACE ( NEW )
✅ AUTO COMMENT POSTING ( NEW )
✅ AUTO LIST MARKETPLACE GROUP ( NEW )

(420,165 Download)






TraderBot

Applikasi trading signal bot automatik... Android sahaja

Applikasi trading signal bot memudahkan aktiviti trading harian anda. Kurangkan risiko, trade dengan selamat

(1,931,003 Downloads)