Penunggang motosikal buat aksi 'superman' ditahan


Penunggang motosikal buat aksi 'superman' ditahan

"Suspek dilihat menunggang motosikal dengan melakukan aksi merbahaya dan melulu iaitu meniarapkan dada di tempat duduk dengan kaki mujur ke belakang ala-ala 'superman'."


KUCHING: Seorang lelaki ditangkap kerana melakukan aksi 'superman' semasa menunggang motosikal di Jalan FAC Matang pada Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata suspek berusia 20 tahun dan berasal dari Kampung Sungai Tapang.

Menurutnya, suspek ditangkap oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan yang melakukan Op Samseng Jalanan dari jam 4 petang hingga 8 malam.

"Suspek dilihat menunggang motosikal dengan melakukan aksi merbahaya dan melulu iaitu meniarapkan dada di tempat duduk dengan kaki mujur ke belakang ala-ala 'superman'.

"Pasukan risikan BSPT IPD Padawan mengekorinya sehingga persimpangan lampu isyarat Matang Jaya dan seterusnya menjalankan tangkapan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambahnya, suspek kemudian dibawa ke BSPT IPD Padawan untuk siasatan lanjut.

Motosikal yang ditunggangi suspek turut dirampas untuk siasatan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, sebanyak 15 keping saman dikeluarkan sepanjang operasi tersebut atas pelbagai kesalahan trafik.

"Operasi seperti ini akan berterusan bagi mencegah kegiatan samseng jalanan dan mengesan pemandu yang memandu dalam keadaan merbahaya atau mabuk," tegas Alexson.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)