Remaja maut dalam kemalangan dengan jentolak, dipercayai kecuaian dan tidak mempunyai lesen memandu


Remaja maut dalam kemalangan dengan jentolak, dipercayai kecuaian dan tidak mempunyai lesen memandu

"Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah jentolak"


KLANG – Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah jentolak di Jalan Telok Gong, Pelabuhan Klang di sini, hari ini.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.21 tengah hari.

Katanya, operasi itu disertai sepasukan enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang.

“Setibanya di lokasi, pemeriksaan mendapati kemalangan berlaku antara sebuah kereta Perodua Myvi dan jentolak.

“Seramai tiga individu berada di dalam kereta itu termasuk seorang daripadanya yang disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Norazam, kemalangan itu mengakibatkan dua mangsa yang menaiki Myvi turut cedera ringan dan telah dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan bomba.

“Seorang lelaki yang juga pemandu jentolak berkenaan bagaimanapun terselamat,” ujarnya.

Tambah beliau, mayat mangsa telah dihantar ke hospital berdekatan dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.


Berita Tambahan 

Pemandu Myvi dipercayai cuai, tiada lesen memandu

KLANG – Kemalangan maut melibatkan dua kenderaan termasuk jentolak sehingga mengorbankan seorang remaja perempuan di Jalan Telok Gong berhampiran Masjid Jamek di sini dipercayai akibat kecuaian pemandu Myvi memasuki laluan jentolak

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati semasa kejadian Myvi dari arah Pandamaran itu dinaiki tiga individu termasuk dua beradik.

Katanya, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di kawasan berhampiran lokasi kejadian selepas membeli barangan keperluan di kedai.

“Kereta dipandu lelaki berusia 19 tahun itu dipercayai dalam kadar kelajuan yang tinggi telah memasuki arah bertentangan sebelum melanggar bucket jentolak itu.

“Akibatnya, penumpang hadapan kereta Myvi dikenali Nurshaniza Alaudin berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut beliau, mangsa yang maut merupakan rakan sekerja kepada pemandu kereta tersebut dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

Kata Shamsul Amar, dua lagi mangsa iaitu pemandu dan adik perempuannya berusia 15 tahun dihantar hospital sama untuk rawatan lanjut.

“Hasil siasatan awal mendapati pemandu kereta berkenaan tidak mempunyai lesen memandu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987,” jelasnya.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)