Edisi 7

Wanita lahirkan sembilan bayi kembar dibenarkan pulang ke Mali


Wanita lahirkan 9 bayi kembar dibenarkan pulang ke negara asal

"Seorang wanita dari Mali yang memecahkan rekod dunia dengan melahirkan sembilan bayi kembar atau dikenali sebagai nonoplet, dilaporkan kini bersiap sedia untuk pulang ke negara asalnya."



CASABLANCA: Seorang wanita dari Mali yang memecahkan rekod dunia dengan melahirkan sembilan bayi kembar atau dikenali sebagai nonoplet, dilaporkan kini bersiap sedia untuk pulang ke negara asalnya.


Lapor Daily Mail, sekeping gambar memaparkan Halima Cisse bergambar bersama suaminya, Kader Arby dan sembilan anak kembarnya didedahkan buat pertama kali.


Isu kehamilan Cisse menarik perhatian ramai apabila wanita itu selamat melahirkan sembilan anak kembarnya menerusi pembedahan di klinik Ain Borja di Casablanca, Maghribi, Mei lalu.


Cisse turut memecahkan rekod dunia dipegang oleh Nadya Suleman yang melahirkan lapan anak
kembar, 2009.


“Saya lega semuanya berjalan lancar dan saya gembira dapat menjaga mereka.


“Anak saya semakin kuat setiap hari dan mereka mungkin dibenarkan keluar hospital tidak lama lagi. Jadi kami boleh bawa mereka pulang ke rumah,” kata Cisse.


Sembilan bayi kembar itu terdiri daripada lima perempuan dan empat lelaki.


Dilaporkan, semua anak kembar Cisse mempunyai berat badan antara 500 gram hingga 1 kilogram
(kg) semasa dilahirkan dan mereka terpaksa diletakkan dalam inkubator di unit rawatan rapi (ICU) hospital selama beberapa bulan.


Namun kini, semua anak kembar wanita itu bertambah berat badan dan terus menunjukkan perkembangan kesihatan baik yang bermakna mereka boleh pulang ke Mali tidak lama lagi.–
AGENSI


LAZADA 10.10

LAZADA 10.10 Tenaga Sale!

Nikmati potongan harga 60% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!