Wargaasing buat kecoh tak pakai pelitup muka dikompaun RM 3,000


Wanita wargaasing buat kecoh dikompaun RM3,000

"Manakala kesalahan kedua pula ialah tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan apabila gagal memakai pelitup muka ketika berada di dalam premis,"katanya


Kuala Lumpur: Wanita warga asing yang menimbulkan kekecohan kerana dihalang masuk ke sebuah butik mewah di KLCC oleh kakitangan butik dikompaun RM3,000 atas dua kesalahan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kompaun dikeluarkan hari ini mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021.

"Dua kompaun dikeluarkan ke atas individu terbabit yang mana setiap satu kesalahan berjumlah RM1,500.

"Kesalahan pertama ialah tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan apabila gagal mendaftar masuk ke premis menggunakan aplikasi MySejahtera di kawasan capaian Internet yang luas.

"Manakala kesalahan kedua pula ialah tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan apabila gagal memakai pelitup muka ketika berada di dalam premis,"katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, polis dilaporkan memanggil seorang wanita warga asing untuk dirakam keterangan selepas satu klip video menunjukkannya menimbulkan kekecohan ketika dihalang masuk ke sebuah butik mewah di KLCC oleh kakitangan butik terbabit kerana tidak memakai pelitup muka.

Polis mengesan klip video yang tular di media sosial sebelum satu siasatan dijalankan berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang dilakukan wanita itu yang digelar sebagai 'Karen' oleh warganet.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)