Lemas dicekik punca kematian mangsa


Lemas dicekik punca kematian lelaki, polis turut merampas pisau lipat di tempat kejadian


"Menurutnya, ketiga-tiga suspek yang ditahan telah direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan."


IPOH - Polis mengesahkan punca kematian seorang lelaki yang terbabit dalam pergaduhan di pasar pagi Flat Jalan Ashby pada Khamis disebabkan lemas.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Anuar Othman berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap mangsa berusia 29 tahun itu mendapati kelemasan itu disebabkan oleh tekanan di bahagian leher.


"Bedah siasat telah dijalankan pada Jumaat sekitar jam 9.30 pagi hingga 1 petang.


"Sebab-sebab kematian adalah 'Asphyxia due to neck compression' iaitu kelemasan disebabkan oleh tekanan di bahagian leher," katanya 


Menurutnya, ketiga-tiga suspek yang ditahan telah direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, empat lelaki didapati bertengkar berkaitan kes kecurian pembesar suara milik salah seorang daripada suspek.


Mangsa dikenali Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin, 29, bagaimanapun disahkan maut dalam pergelutan itu dan polis turut merampas sebilah pisau lipat yang ditemukan di lokasi kejadian.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)