Bayi empat bulan meninggal dunia


Bayi empat bulan meninggal dunia

"Seorang bayi perempuan berusia empat bulan berada dalam keadaan lemah dan wajahnya pucat ketika di bawah jagaan pengasuh sebelum disahkan meninggal dunia"


SEREMBAN – Seorang bayi perempuan berusia empat bulan berada dalam keadaan lemah dan wajahnya pucat ketika di bawah jagaan pengasuh sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 4.40 petang, ibu mangsa yang berada di tempat kerja menerima panggilan telefon daripada pengasuh memintanya datang segera kediamannya di Perumahan Tentera Kem 15 Ramd Taman Tuanku Jaafar, Senawang di sini kerana bayi itu dalam keadaan sangat lemah.

“Sebaik tiba, ibunya mendapati keadaan kulit wajah anaknya, Luna Aralyn Amar Ridhwan, empat bulan telah pucat dan tiada tindak balas apabila dia cuba mengejutkannya.

“Bayi itu kemudiannya dihantar ke HTJ Seremban untuk mendapatkan rawatan dan apabila sampai di kecemasan, bayi berkenaan diberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR),” katanya kenyataan di sini hari ini.

Jelas Nanda, lebih kurang 30 minit kemudian ibunya dimaklumkan oleh petugas hospital bahawa anaknya gagal diselamatkan dan telah disahkan meninggal dunia.

“Punca kematian belum diketahui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga laporan keputusan bedah siasat diperoleh,” katanya.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)