Guru maut kena serangan jantung ketika memandu


Guru maut kena serangan jantung ketika memandu

"Innalillahiwainnailaihirrojiun...Mangsa, Tengku Suhaimi Tengku Yusoff berusia 54 tahun, ditemui tersandar di tempat duduk pemandu kenderaan itu."


KUALA LIPIS, PAHANG: Seorang guru lelaki ditemui meninggal dunia oleh orang awam di dalam kereta di kawasan semak di Kampung Daling, Padang Tengku, dekat sini, Khamis lalu.

Mangsa, Tengku Suhaimi Tengku Yusoff berusia 54 tahun, ditemui tersandar di tempat duduk pemandu kenderaan itu.

Tiada sebarang kesan kecederaan atau darah serta senjata dijumpai dalam kereta atau di kawasan berhampiran.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor, berkata susulan menerima panggilan daripada orang awam, anggota polis dari Balai Polis Padang Tengku telah bergegas ke tempat kejadian.

"Mayat lelaki itu dibawa keluar dari kawasan itu pada 8.15 malam hari sama," katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Katanya, siasatan mendapati, lelaki itu bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indra Petra, Gua Musang.

Katanya, bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Jenazah mangsa sudah dituntut oleh isterinya untuk dikebumikan semalam," katanya.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)