Kes Buli : 2 Lagi Pelajar Tingkatan 1 ditahan ketika hadir ke IPD ditemani keluarga


Kes Buli : 2 Lagi Pelajar Tingkatan 1 ditahan ketika hadir ke IPD ditemani keluarga


IPOH - Polis menahan dua lagi pelajar lelaki yang terlibat dalam kejadian buli di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar yang videonya tular di media sosial pada Jumaat.


Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kedua-dua pelajar yang juga berusia 13 tahun itu ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar.


Menurutnya, penahanan itu menjadikan enam pelajar Tingkatan 1 sekolah berkenaan telah ditahan setakat ini bagi membantu polis melengkapkan siasatan kes terbabit.



"Dua lagi pelajar lelaki ditahan ketika mereka hadir ditemani keluarga ke IPD Kuala Kangsar malam tadi (Jumaat)," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.


Mior Faridalathrash sebelum ini memaklumkan, empat pelajar masing-masing berusia 13 tahun telah ditahan ketika hadir ke IPD Kuala Kangsar sekitar jam 6 petang hingga 7 malam.


Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes itu di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 233 Akta komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.


Terdapat tujuh remaja bersama seorang mangsa dikenal pasti terlibat dalam kes berkenaan.


Kesemua mereka yang juga pelajar Tingkatan 1 itu bersama pemilik akaun media sosial yang menularkan video kejadian tersebut telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.


Menerusi video tular berdurasi 10 saat itu, kelihatan sekumpulan pelajar mengambil giliran untuk menumbuk serta menendang seorang pelajar lain di asrama sekolah.


Beberapa lagi video berdurasi antara 13 hingga 30 saat turut dimuat naik memperlihatkan mangsa diarahkan kekal berdiri sebelum dia ditendang dari arah belakang selain ditumbuk beberapa kali pada bahagian perut.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



FBBOOM

Software Facebook Auto Bot, Iklankan produk atau servis anda di Facebook secara automatik!

Manfaat guna software FB Auto Bot

✅ AUTO POST TO GROUP
✅ AUTO SHARE POST
✅ AUTO ADD FRIEND ( TARGETED )
✅ AUTO JOIN GROUP ( TARGETED )
✅ AUTO INBOX FRIEND
✅ AUTO SELL IN MARKETPLACE ( NEW )
✅ AUTO COMMENT POSTING ( NEW )
✅ AUTO LIST MARKETPLACE GROUP ( NEW )

(420,165 Download)






TraderBot

Applikasi trading signal bot automatik... Android sahaja

Applikasi trading signal bot memudahkan aktiviti trading harian anda. Kurangkan risiko, trade dengan selamat

(1,931,003 Downloads)