Lagi marshal berlagak 'polis trafik' dikesan


Lagi marshal berlagak 'polis trafik' dikesan

"Polis sedang mengesan individu yang bertindak sebagai marshal memberi arahan kepada kenderaan awam supaya memperlahankan kenderaan"



PORT DICKSON - Polis sedang mengesan individu yang bertindak sebagai marshal memberi arahan kepada kenderaan awam supaya memperlahankan kenderaan sebagaimana video tular di laman sosial Facebook pada Ahad.


Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, video berdurasi tiga minit itu memaparkan sekumpulan konvoi motosikal berkuasa tinggi.


Menurutnya, rakaman tersebut menunjukkan aksi marshal memberi arahan kepada sebuah kenderaan awam supaya memperlahankan kenderaan dan bergerak ke kiri lorong jalan.


"Ia bagi membenarkan sekumpulan lebih kurang 20 buah motosikal berkuasa tinggi melalui laluan tersebut.


"Dalam rakaman tersebut dipercayai konvoi berkenaan bergerak dari arah Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, Melaka melepasi kawasan Jalan Tanjung Agas, Pasir Panjang Port Dickson," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.


Aidi Sham berkata, pihak polis sedang mengesan individu yang terlibat dalam rakaman tersebut.


"Kami menyeru kepada mana-mana yang memiliki maklumat kejadian untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.


"Sebarang maklumat boleh disalurkan ke pihak siasatan dan penguatkuasaan trafik Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Port Dickson di talian 06 6472222," katanya.


Beliau berkata, siasatan dijalankan bawah Seksyen 21 Akta Polis 1967, Sekyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (halangan lalulintas) dan Kaedah-Kaedah Lalulintas 167/59(Kaedah 12(3)(A)- (Kesalahan di garisan berkembar).


"Seseorang marshal tidak dibenarkan memberi apa jua arahan bagi tujuan menahan atau memberhentikan kenderaan atau melencong kehadiran tanpa kehadiran mana-mana pegawai polis.


"Pihak polis tidak berkompromi dengan mana-mana ahli kumpulan yang berlagak sebagai polis trafik dalam mengawal lalulintas yang mana boleh mendatangkan bahaya dan menyekat hak-hak bergerak di jalan awam," katanya.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



FBBOOM

Software Facebook Auto Bot, Iklankan produk atau servis anda di Facebook secara automatik!

Manfaat guna software FB Auto Bot

✅ AUTO POST TO GROUP
✅ AUTO SHARE POST
✅ AUTO ADD FRIEND ( TARGETED )
✅ AUTO JOIN GROUP ( TARGETED )
✅ AUTO INBOX FRIEND
✅ AUTO SELL IN MARKETPLACE ( NEW )
✅ AUTO COMMENT POSTING ( NEW )
✅ AUTO LIST MARKETPLACE GROUP ( NEW )

(420,165 Download)






TraderBot

Applikasi trading signal bot automatik... Android sahaja

Applikasi trading signal bot memudahkan aktiviti trading harian anda. Kurangkan risiko, trade dengan selamat

(1,931,003 Downloads)