Penyakit Demam Babi Afrika dikesan di Melaka


Penyakit Demam Babi Afrika dikesan di Melaka

"Pemusnahan semua babi di ladang terjangkit berdasarkan Seksyen 19 Akta Binatang 1953 (Pindaan 2013) dan ternakan di ladang disahkan bebas jangkitan dibenarkan untuk penyembelihan di rumah sembelih diluluskan sahaja."


Melaka: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Malaysia hari ini mengesahkan berlaku penularan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) di tujuh ladang babi komersial di Paya Mengkuang di Masjid Tanah, di sini.

Ketua Pengarah JPV, Datuk Dr Norlizan Mohd Noor berkata, pengesanan penyakit itu ekoran penyiasatan dijalankan JPV susulan laporan penternak babi terbabit serta pengesahan sampel diuji di Makmal Veterinar Sepang pada 20, 22 dan 23 Disember.

Beliau berkata, justeru, JPV mengambil langkah awal dan proaktif bagi mengawal dan membasmi penularan penyakit ASF antaranya mengeluarkan Notis Perintah Kuarantin ke atas ladang babi di kawasan Paya Mengkuang dan ternakan tidak dibenarkan keluar atau masuk kawasan terjangkit.

"Pemusnahan semua babi di ladang terjangkit berdasarkan Seksyen 19 Akta Binatang 1953 (Pindaan 2013) dan ternakan di ladang disahkan bebas jangkitan dibenarkan untuk penyembelihan di rumah sembelih diluluskan sahaja.

"Tetapi karkas dan daging babi tidak dibenarkan dibawa keluar ke negeri lain.

"Selain itu, syarat pindah ternakan babi dan produk babi di seluruh Semenanjung Malaysia diperketatkan serta pemantauan, pemeriksaan klinikal dan persampelan semua ladang babi di kawasan terjangkit serta ladang babi di seluruh negara dipergiatkan," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata pemantauan serta persampelan dipergiatkan di semua rumah sembelih babi di seluruh negara.

Katanya, semua penternak babi dinasihatkan supaya tidak memberi haiwan berkenaan makanan sisa dapur (swill feeding) dan tidak membuang bangkai babi ke dalam sungai, kolam, kebun dan sebagainya.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)