Pukul cermin kereta berang dihimpit, tiga lelaki diburu


Pukul cermin kereta berang dihimpit, tiga lelaki diburu

"Tindakan itu disebabkan tidak berpuas hati dengan pengadu yang dikatakan hampir menghimpit motosikal yang dinaiki kumpulan suspek sebelum mereka mengekori kereta mangsa sehingga berhenti di lampu isyarat itu," katanya

Kota Bharu: Berang motosikal ditunggang mereka dihimpit, seorang lelaki dilaporkan memukul cermin kereta pengguna jalan raya dengan topi keledar.

Kejadian itu dilaporkan berlaku jam 11 pagi semalam di persimpangan lampu isyarat Jalan Lundang.

Aksi berkenaan sempat dirakamkan oleh pengguna jalan raya lain sebelum tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, sebelum kejadian pengadu yang berusia 31 tahun memandu Perodua Myvi bersama isteri dan seorang anak perempuan dalam perjalanan untuk pergi berniaga.

"Sebaik tiba di Jalan Lundang, dia didatangi tiga lelaki yang tidak dikenali menunggang dua motosikal.

"Ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat, seorang daripada suspek memukul cermin sisi kiri bahagian belakang kereta mangsa dengan topi keledar.

"Tindakan itu disebabkan tidak berpuas hati dengan pengadu yang dikatakan hampir menghimpit motosikal yang dinaiki kumpulan suspek sebelum mereka mengekori kereta mangsa sehingga berhenti di lampu isyarat itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata, bagaimanapun kejadian itu tidak menyebabkan kemalangan jiwa mahupun kerosakan terhadap kereta milik mangsa.

Katanya, beliau juga meminta kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil untuk membantu siasatan.

"Usaha mengesan dan menangkap semua suspek yang terbabit sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 279 Kanun Keseksaan (KK)," katanya.

Terdahulu dua video masing-masing berdurasi 36 dan 37 saat berkaitan kejadian tular sejak semalam.

Rakaman itu memaparkan tindakan seorang penunggang motosikal memukul cermin kereta seorang pengguna jalan raya dengan topi keledar dalam keadaan kenderaan masing-masing bergerak dan kelihatan kereta jenis Perodua Myvi cuba menghimpit motosikal.

Video penuh boleh tengok di sini

Rakaman video kedua pula menunjukkan tindakan sama dilakukan sebaik berhenti di persimpangan lampu isyarat dan seorang lagi penunggang motosikal yang dipercayai rakannya turut mendekati kereta itu.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



FBBOOM

Software Facebook Auto Bot, Iklankan produk atau servis anda di Facebook secara automatik!

Manfaat guna software FB Auto Bot

✅ AUTO POST TO GROUP
✅ AUTO SHARE POST
✅ AUTO ADD FRIEND ( TARGETED )
✅ AUTO JOIN GROUP ( TARGETED )
✅ AUTO INBOX FRIEND
✅ AUTO SELL IN MARKETPLACE ( NEW )
✅ AUTO COMMENT POSTING ( NEW )
✅ AUTO LIST MARKETPLACE GROUP ( NEW )

(420,165 Download)






TraderBot

Applikasi trading signal bot automatik... Android sahaja

Applikasi trading signal bot memudahkan aktiviti trading harian anda. Kurangkan risiko, trade dengan selamat

(1,931,003 Downloads)