VIDEO - Baling objek pada bayi, 2 pengasuh ditahan



Baling objek pada bayi, 2 pengasuh ditahan


Polis mengesahkan dua wanita berusia 20-an ditahan bagi membantu siasatan berhubung tindakan membaling objek disyaki bungkusan mampat kepada bayi di sebuah taska di Bayan Baru, di sini.




Bayan Baru: Polis mengesahkan dua wanita berusia 20-an ditahan bagi membantu siasatan berhubung tindakan membaling objek disyaki bungkusan mampat kepada bayi di sebuah taska di Bayan Baru, di sini.


Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, penahanan itu susulan pihaknya menerima dua laporan polis sejak semalam berhubung kejadian itu.


"Siasatan mendapati kejadian berkenaan berlaku pada 24 November lalu pada 6.45 petang di sebuah taska di Bayan Baru.


"Video itu kemudian dimuat naik ibu bayi berkenaan di media sosial," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.



Susulan itu, polis menahan dua pengasuh berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Kanak Kanak 2001.


Video yang tular itu mendapat perhatian orang ramai.


Menerusi video yang dipercayai dimuat naik oleh ibu bayi itu, seorang wanita dilihat membaling objek kepada bayi ketika mangsa merangkak.





Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)