Abg Ali meninggal dunia dalam nahas kemalangan


Aktivis pengguna, Abang Ali Semboyan Malaysia meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Ali Salimin atau lebih dikenali sebagai Abang Ali yang juga aktivis Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia meninggal dunia hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Persatuan itu, Yusuf Azmi dalam entri terbaharu di laman Facebook rasminya pagi tadi.

Yusuf antara lain memaklumkan dia dalam perjalanan ke Hospital Muar untuk menuntut jenazah Allahyarham.

"Mohon maaf, saya tidak dapat jawab sebarang panggilan.

"Saya sekarang dalam perjalanan ke Hospital Muar, Johor bagi menuntut dan mandikan jenazah Allahyarham Ali Bin Salimin (Abg Ali).






"Saya Yusuf Azmi mohon doa saudara-saudari semua bermurah hati sedekahkan surah Al-Fatihah buat Allahyarham Ali Bin Salimin (Abg Ali)," jelasnya.

Difahamkan Allahyarham Abang Ali terlibat dalam kemalangan jalan raya di Pagoh, Johor.

Allahyarham sebelum ini aktif dalam menjalankan kerja aktivis bersama Semboyan Malaysia dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).






AL FATIHAH 
SEMOGA ROH WAK ALI BIN SALIMIN DTEMPATKAN BERSAMA ORG2 YG BERIMAN, AMIINN

TAKZIAH , ALFATIHAH





Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)